
Isnin, 20-11-2023 – Rejim Zionis (IOF) melancarkan kempen penangkapan berskala besar di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada awal pagi Khamis lalu; selaras dengan dasar membalas dendamnya terhadap rakyat Palestin yang telah dilakukan tanpa henti selama 41 hari berturut-turut.
IOF dilaporkan telah menahan 57 rakyat Palestin di seluruh kawasan berbeza di Tebing Barat selepas menyerbu dan menimbulkan kekacauan di dalam rumah.
Di Ramallah, tujuh rakyat Palestin telah ditangkap selepas sekumpulan besar tentera Israel menyerbu bandar al-Mughir, menceroboh jalan sepanjang 100 meter, menduduki bumbung rumah, dan menyekat lalu lintas di bandar itu.
Di Qalqilya, enam lelaki telah ditangkap dari kawasan yang berbeza di muhafazah, manakala di Jenin, IOF mengerahkan tenteranya merentasi bandar dan pekan termasuk ladang zaitun.
Terdahulu, pada petang Rabu, IOF menyerbu Jenin dan merobohkan tugu Abu Jandal di pintu masuk bandar Yabad.
Di Bethlehem, empat rakyat Palestin ditahan di bandar Housan, di bahagian barat bandar, selepas IOF menyerbu bandar itu dan menjadikan beberapa rumahnya sebagai pos pemerhatian tentera dan menyekat lalu lintas.
Di kem Dheisheh di selatan, IOF memecah masuk rumah keluarga syahid Moataz Zawahra di kawasan Al-Finiq dan mengoyakkan gambarnya sebelum melukis bendera Israel. Pertempuran meletus di kawasan itu tanpa kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, dua rakyat Palestin cedera dan satu pertiga ditahan di Tubas dalam pertempuran yang tercetus selepas IOF menyerbu kem pelarian al-Faraa di selatan. IOF melepaskan peluru, gas pemedih mata dan bom gegaran ke arah rakyat Palestin semasa konfrontasi.
Di Nablus, empat rakyat Palestin telah ditahan di beberapa tempat yang berbeza di muhafazah. Sumber tempatan melaporkan, IOF secara ganas menyerbu dan menimbulkan kekacauan di dalam beberapa rumah selepas memecahkan pintu mereka.
Di al-Khalil, 17 rakyat Palestin telah ditahan, manakala di Jericho, dua lagi ditahan di Jalan Ain al-Sultan ketika mereka sedang menunggang motorsikal.
Terdahulu, pada malam Rabu, IOF telah menyerbu bandar Jericho dan melepaskan bom suar ke atas kem pelarian Aqabat Jabr di selatan, dan menahan dua lelaki muda yang menunggang motorsikal di pusat bandar Jericho.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah