Categories
Berita Semasa

Amaran Berbunyi Di 129 Kawasan Pendudukan Haram Israel, Al-Qassam Berjaya Mengebom Tel Aviv, Dianggap Satu Serangan Terbesar Buat Masa Ini

Selasa, 22-11-2023 – Briged Izzuddin al-Qassam – sayap tentera Gerakan Pertahanan Islam (Hamas) – telah melepaskan tembakan roket ke arah bandar Tel Aviv dan pinggir bandarnya pada petang Isnin lalu, dan menyatakan serangan roket kali ini sebagai serangan balas terbesar sejak perang tercetus baru-baru ini. 

Klip video menunjukkan warga Israel lari bertempiaran mencari tempat perlindungan selepas amaran siren dibunyikan, manakala seorang wartawan Al Jazeera turut melaporkan bahawa roket serta serpihan-serpihannya jatuh di bandar Tel Aviv dan Holon. 

Barisan hadapan tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, siren telah dibunyikan di 129 lokasi di seluruh kawasan Tel Aviv dan pantainya.

Wartawan Al Jazeera menjelaskan bahawa bunyi siren itu jelas kedengaran dibeberapa kawasan lapang dari Ashdod, yang berada di selatan tanah haram Israel hingga ke Herzliya yang berada di utara tanah haram Israel, dan meratai kawasan Tel Aviv yang luas.

Briged Al-Qassam berkata bahawa serangan roket itu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim zionis terhadap orang awam Palestin.

Wartawan Al Jazeera menyatakan bahawa roket itu dilancarkan dari selatan Semenanjung Gaza, yang bermakna ianya mencapai jarak perjalanan kira-kira 90 kilometer. 

Menurut sumber Kementerian Penerangan Gaza, setelah 45 hari, tentera Israel yang melancarkan serangan yang dahsyat ke atas Gaza, telah mengakibatkan  13,300 syahid, termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita, selain lebih daripada 31,000 cedera.  75% daripadanya merupakan mangsa kanak-kanak dan wanita.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi