Selasa, 05-12-2023 – Pergerakan Hamas memuji laporan penyiasatan yang dikeluarkan oleh akhbar Perancis “Le Monde,” yang membantah tuntutan tentera Zionis Israel yang menuduh sayap bersenjatanya (Al-Qassam Brigades) menggunakan Hospital Al-Shifa sebagai pusat komando dan kawalan.
Dalam kenyataan media pada hari Ahad, pegawai kanan Hamas, Ezzat al-Resheq, menyatakan bahawa laporan Le Monde menyertai penyiasatan profesional antarabangsa lain yang telah mendedahkan pembohongan tentera Israel terhadap Hamas dan propaganda menyesatkan yang bertujuan untuk menghalalkan perang genoside terhadap penduduk awam di Gaza dan pemusnahan kemudahan perubatan.
Resheq menyeru Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan mahkamah yang kompeten lain untuk menghukum salah rejim Zionis Israel atas jenayah perangnya serta kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin