Euro-Med: Israel Lancar Serangan Paling Ganas dan Paling Berdarah

Rabu, 06-12-2023 – Pemantau Hak Asasi Manusia, Euro-Mediterania mengutuk peningkatan serangan berdarah Israel di Semenanjung Gaza, termasuk serangan besar-besaran dengan mensasarkan seluruh kawasan perumahan. Angka korbannya melebihi seribu orang, termasuklah yang terbunuh, cedera, dan hilang.

Euro-Med Monitor menyatakan dalam sebuah pernyataan Sabtu lalu, bahawa serangan yang terjadi di Semenanjung Gaza semalam merupakan hari paling berdarah sejak Israel memulakan perang pembersihan etnik pada 7 Oktober. Kegusaran meningkat apabila Israel menggunakan pendekatan lebih ganas bagi memberi tekanan politik dan lapangan di wilayah tersebut dengan mengorbankan orang awam dan harta benda mereka.

Euro-Meditrania Monitor mendokumentasikan serangkaian serangan udara menggunakan fosforus putih yang diluncurkan oleh Israel di wilayah Shuja’iya, Jabalia, dan Beit Lahia, yang mensasarkan bangunan dan kawasan perumahan yang dihuni tanpa apa-apa amaran. Serangan itu menghancurkan segalanya, membuatkan puluhan penghuni terkubur di bawah runtuhan.

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah