Categories
Berita Semasa

1 syahid, 15 cedera diserang rejim zionis di Baitulmaqdis

Khamis, 07-12-2023 – Seorang pemuda Palestin syahid dibunuh dan 15 orang yang lain cedera pada Isnin 4 Disember dalam pertempuran dengan rejim zionis di kem pelarian Qalandia dan bandar Kafr Aqab, utara Baitulmaqdis.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Ali Alqam, 32 tahun syahid akibat tembakan peluru di jantungnya.

4 orang dilaporkan kritikal akibat tembakan zionis dan telah dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan Hospital Palestin di Ramallah.

11 orang yang lain pula dibawa ke hospital berlainan, dengan 6 orang daripadanya cedera ditembak peluru hidup, 1 orang cedera akibat terkena serpihan ledakan di muka dan dada dan 1 orang lagi cedera mata akibat peluru getah.

Dalam pertempuran yang sama, puluhan yang lain juga disembur oleh rejim zionis kepada gas pemedih mata.

Rakaman video yang tersebar di internet menunjukkan askar Israel menggunakan kanak-kanak yang cedera sebagai perisai manusia.

Pasukan polis Israel dilaporkan sengaja mengganggu kawasan komersial di bandar Kafr Aqab, dengan merosakkan barangan di dalam kedai-kedai.

Mereka juga memusnahkan gerai jalanan yang menjual telur keluaran Palestin serta mengarahkan pemiliknya untuk tidak lagi menjual produk Palestin.

Pasukan polis Israel juga menyerbu ibu pejabat gabenor Baitulmaqdis di kem Qalandia dan beberapa premis perniagaan di jalan menuju ke lapangan terbang.

Dalam kejadian lain, polis Israel telah menculik 7 orang warga Baitulmaqdis dari kejiranan al-Thuri, selatan Kota Lama, dan menyerbu rumah Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Tinggi Islam di Baitulmaqdis, di kawasan kejiranan al-Suwannah.

Sehari sebelum penculikan dan penyerbuan itu, rejim zionis telah memaklumkan warga Palestin, termasuk Sheikh Sabri, tentang rancangan mereka untuk merobohkan bangunan 5 tingkat yang mereka diami di kawasan kejiranan al-Suwannah.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Iman