
Khamis, 07-12-2023 – Ahli Jawatankuasa Politik Hamas, Husam Badran, dengan tegas mengecam kenyataan Jabatan Negeri Amerika Syarikat yang membebaskan rejim Zionis daripada pertuduhan jenayah genosida terhadap penduduk Palestin di Gaza.
Dalam kenyataan akhbar pada hari Isnin, Badran berkata bahawa pentadbiran Amerika Syarikat membebaskan negara penjajahan itu daripada tanggungjawabnya terhadap pembunuhan besar-besaran penduduk dan pengeboman hospital di Gaza.
“Ketegasan Amerika dalam memberikan perlindungan kepada penjajahan atas perilaku Nazi dan jenayahnya terhadap rakyat kami di Gaza serta genosida terhadap keluarga Palestin semakin membuktikan keterlibatan langsungnya dalam pertempuran yang mematikan rakyat kami,” tegas pegawai Hamas itu.
Beliau menambah bahawa keteguhan pentadbiran Amerika dalam memberikan perlindungan kepada negara penjajahan Israel atas jenayahnya “bukan sahaja menandakan permusuhan terhadap rakyat Palestin, tetapi juga terhadap rakyat Arab dan orang Islam serta masyarakat bebas di seluruh dunia.”
Beliau menyalahkan pentadbiran Amerika yang dipimpin oleh Joe Biden sepenuhnya atas peningkatan pembunuhan dan jenayah genosida Israel terhadap kanak-kanak, wanita, dan penduduk awam yang tidak bersenjata di Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul