Categories
Berita Semasa

Euro-med: 9 Daripada 10 Yang Terbunuh Di Gaza Ialah Orang Awam

Khamis, 07-12-2023 – Dakwaan tentera Israel bahawa setiap individu bersenjata atau ahli puak yang terbunuh telah mengakibatkan kehilangan dua nyawa orang awam adalah palsu, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med pada hari ke-60 kempen genosida berterusan Israel di Jalur Gaza.

Menurut statistik awal yang diberikan oleh Pemantau Euro-Med, berdasarkan dokumentasi lapangan, sekurang-kurangnya sembilan daripada 10 kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel adalah kematian orang awam.

Bilangan kematian orang Palestin telah meningkat kepada 21,022 sejak bermulanya perang di Jalur Gaza. Jumlah itu termasuk yang hilang di bawah runtuhan yang peluangnya untuk hidup hampir tiada, termasuk 8,312 kanak-kanak dan 4,270 wanita. 19,660 daripada mangsa yang terbunuh ialah orang awam.

Menurut kumpulan hak asasi manusia itu, angka ini dengan jelas menolak dakwaan Israel, kerana 60% daripada yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak. Empat puluh peratus daripada yang terbunuh adalah lelaki, majoriti di antaranya (65%) ialah orang awam dan warga tua.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah