Categories
Berita Semasa

Kecederaan dan Pertembungan dalam Serbuan Rejim Zionis Terhadap Kem Pelarian Balata di Nablus

Rabu, 13-12-2023 – Konfrontasi dan pertembungan bersenjata terjadi pada pagi Rabu di Kem Pelarian Balatan berdekatan kawasan bandar Tebing Barat Nablus selepas diserang oleh Rejim Zionis (IOF).

Sumber tempatan menyatakan bahawa IOF telah menyusup masuk Kem Balata dan mengepung sebuh rumah lantas mencetus pertembungan bersenjata dan pihan pertahanan yang juga berjaya menyerang semula dengan bahan letupan. Tentera Pertahanan Israel kemudian dihantar juga ke kem terbabit.
Pergaduhan turut dilaporkan ketika peredaran keluar IOF daripada kem dan telah menyebabkan
tiga orang rakyat Palestin cederah parah ditembak oleh IOF. Mereka dihantar ke Hospital
Rafidiya.

Sumber perubatan turut melaporkan bahawa seorang lelaki berumur 25 tahun telah ditembak di
pinggang, seorang ditembak di kepala dan kecederaan tersebut amat parah. Rejim Zionis menghantar banyak lagi personel yang diiringi oleh dua jentera dan mereka bertindak meninggikan jalan dalam kem sebagai salah satu polisi infrastruktur memusnahkan kem pelarian terutamanya di Tebing Barat di kawasan Jenin, Tulkarem dan Nablus.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq