
Isnin, 18-12-2023 – Kementerian kesihatan di Gaza berkata pada hari Selasa bahawa tentera pendudukan Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza sejak beberapa jam yang lepas, termasuk di Rafah, yang mengakibatkan kematian syahid sekurang-kurangnya 207 orang awam dan kecederaan 450 yang lain.
Dalam satu sidang akhbar, jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra menegaskan bahawa terdapat sebilangan besar mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan rumah atau terbaring di atas jalan raya.
Jurucakap Qudra memberitahu wartawan bahawa angka kematian akibat serangan Israel, yang telah berlangsung selama 67 hari, meningkat kepada 18,412 syahid, manakala jumlah yang cedera meningkat kepada 50,100.
Qudra berkata lagi bahawa pasukan pendudukan Israel (IOF) berterusan menghalang ambulans daripada memindahkan mangsa yang cedera dan menyebabkan berdarah sehingga mati.
Jurucakap itu mengesahkan bahawa IOF menyerbu Hospital Kamal Adwan hari ini selepas mengepung dan mengebomnya selama beberapa hari dan memaksa pesakit lelaki, kakitangan perubatan dan orang awam berkumpul di halaman kemudahan itu.
Beliau menambah bahawa IOF mengarahkan pegawai hospital untuk menyerahkan senjata api milik pengawal keselamatan hospital itu, dan memberi amaran bahawa tentera Israel akan menggunakan senjata ini untuk memalsukan tuntutan terhadap hospital seperti yang telah dilakukan dengan Hospital Al-Shifa.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hazbi