
Rabu, 20-12-2023 – Ghazi Hamad, seorang pemimpin kanan dalam Pergerakan Hamas, berkata dalam satu kenyataan yang dirakamkan pada hari Isnin bahawa Israel telah melancarkan perang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dengan sokongan penuh AS, UK dan beberapa negara barat lain.
Beliau menambah bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah gagal dalam peranannya untuk
menghentikan perang genosid sebahagian besarnya disebabkan oleh kuasa veto AS.
Berikut adalah teks penuh kenyataan Ghazi:
“Sudah tujuh puluh tiga hari, semenjak pendudukan fasis Israel, mereka telah melakukan perang genosid
terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, menggunakan semua jenis senjata, peluru, dan bom terlarang antarabangsa. Mereka juga mengebom sekolah dan khemah yang menempatkan ratusan ribu orang yang telah kehilangan tempat tinggal secara sewenang-wenangnya dan juga hospital yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Semua ini dan banyak lagi sedang berlaku di hadapan mata seluruh dunia, dengan sokongan terang-terangan A.S., U.K., dan beberapa negara Eropah, memandangkan ketidakupayaan masyarakat antarabangsa dan semua institusi PBB yang tidak berfungsi untuk menghentikan pencerobohan ini disebabkan oleh ketidaktegasan dan keangkuhan pentadbiran Amerika dalam menggunakan kuasa veto yang kurang ajar.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf