Categories
Berita Semasa

Abu Obaida: Tiada perjanjian pertukaran tahanan ketika perang masih berlangsung

Khamis, 28-12-2023 – Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obaida, mengesahkan dalam ucapan yang dirakam pada petang Khamis bahawa pejuang mereka dapat memusnahkan sepenuhnya atau sebahagian daripada 720 jentera perang Israel sejak bermula pencerobohan darat.

“Pencerobohan yang berterusan sama sekali tidak membenarkan tahanan dibebaskan, apatah lagi pembebasan mereka terpaksa melalui operasi ketenteraan secara langsung. Oleh itu, jika musuh dan orang ramai mahu tahanan mereka hidup, mereka tiada pilihan selain menghentikan pencerobohan itu,” katanya.

“Tidak mungkin untuk membebaskan tahanan musuh hidup-hidup kecuali melalui rundingan, menggunakan laluan yang dipersetujui , dengan bantuan perantara. Ini adalah keputusan yang tetap, dan tidak ada alternatif selain keruduman berterusan tawanan musuh yang mati oleh api pasukan tentera mereka sendiri yang angkuh dan keputusan kepimpinan politik mereka yang mengelak daripada menghadapi dan mengakui kebenaran.”

“76 hari telah berlalu sejak bermula Pertempuran Banjir Al-Aqsa dan pencerobohan Rejim Zionis yang biadab terhadap rakyat kita di Semenanjung Gaza, dan musuh terus melakukan jenayah perang yang tercatat dalam sejarah jenayah terhadap kemanusiaan.”

“Pejuang kami di medan perang masih menghadapi pencerobohan dan memerangi musuh penjenayah yang menggeletar ketakutan, menyebabkan kerugian besar kepada askar, pegawai, jentera, dan melumpuhkan entiti itu walaupun ia memiliki senjata yang besar.”

“Pejuang kami di darat terus memusnahkan kenderaan musuh dan menyasarkan mereka dengan semua jenis senjata yang ada, memerangkap askar mereka dalam perangkap maut, mengejar mereka di luar kenderaan mereka dan dalam bangunan di mana mereka berkubu, menyebabkan berpuluh-puluh kematian tentera musuh dan ratusan yang cedera, dengan kerugian yang semakin meningkat yang hampir tidak berhenti sepanjang masa dan akan terus meningkat, dengan izin Allah, selagi pencerobohan berterusan.”

“Jumlah jentera yang dimusnahkan oleh pejuang kami pada minggu lalu termasuk berpuluh-puluh kenderaan, seperti yang kami umumkan secara berterusan, manakala jumlah jentera perang yang disasarkan sejak awal pencerobohan darat ialah 720, termasuk pengangkut tentera, kereta kebal, jentolak, kenderaan, dan trak tentera.”

“Dengan izin Allah, pada minggu lalu, pejuang kami telah melaksanakan lebih daripada 15 operasi penembak tepat yang berjaya dan lebih daripada 12 pertempuran langsung dengan mesingan, senjata sederhana dan bom tangan.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom