Categories
Berita Semasa

Israel Gali 1,100 Kubur di Gaza, Curi 150 Jenazah Syuhada

Selasa, 16-01-2024 Pejabat media kerajaan menyatakan bahawa pasukan zionis Israel telah menggali 1,100 kubur di lingkungan pemakaman Al-Tuffah, sebelah timur Kota Gaza.

Dalam pernyataannya, pejabat tersebut mengatakan bahawa, “Tentera penjajah Israel menggali sekitar 1,100 kubur di lingkungan pemakaman Al-Tuffah. Peralatan ketenteraan penjajah digunakan untuk menggali kubur dan memindahkan mayat para syuhada dan orang mati dari kubur-kubur tersebut, kemudian menginjak-injak kubur berkenaan; melanggar hak asasi dan martabat mereka, tanpa mempedulikan kehormatan jasad yang mati atau kuburnya.”

Pejabat media menilai perkara yang terjadi sebagai kejahatan baru daripada rangkaian kejahatan penjajah Zionis selama perang genosida yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pejabat media itu mengesahkan bahawa setelah menggali dan melibas kubur, tentera penjajah telah mencuri sekitar 150 jenazah para syuhada yang baru sahaja dikuburkan, mengeluarkan jasad-jasad dari kubur dan mengangkutnya ke lokasi yang tidak diketahui. Ini menimbulkan kecurigaan terhadap kejahatan lain, iaitu jenayah pencurian organ tubuh para syuhada.

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah