
Jumaat, 2-2-2024 – Pergerakan Hamas mengecam sekeras-kerasnya “gabungan pemerintah fasis” di negeri yang diduduki Israel kerana mengadakan persidangan pada Ahad lalu yang menggesa aneksasi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan juga menyokong pengembangan penempatan haram.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Hamas berkata bahawa persidangan itu “menyingkap niat
tersembunyi Israel untuk melakukan jenayah pengusiran dan pembersihan etnik terhadap rakyat
Palestin.”
“Penganjuran persidangan sebegitu mencerminkan entiti penyangak ini mengabaikan undang-
undang dan resolusi antarabangsa, termasuk keputusan baru-baru ini yang diterima pakai oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan menggesa untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk
menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,”tambah Hamas. Pergerakan itu menyeru masyarakat antarabangsa dan PBB untuk mengambil pendirian tegas terhadap persidangan Israel ini dan mengutuk peganjurannya.
Beberapa menteri dalam kerajaan sayap kanan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bersama
15 anggota Knesset dan ribuan orang menghadiri persidangan di Baitulmaqdis yang Diduduki pada
malam Ahad, yang menyeru penempatan semula Yahudi di Gaza, Menteri keselamatan sayap kanan
Itamar Ben Gvir dan menteri kewangan Bezalel Smotrich juga telah menyampaikan ucapan
perasmian.
Persidangan itu, yang digelar “penempatan membawa keselamatan,” sebahagiannya diketuai oleh
organisasi sayap kanan Nachala, sebuah kumpulan yang menyokong pengembangan penempatan
Yahudi, yang dianggap haram oleh badan antarabangsa dan kemanusiaan. Persidangan itu menggesa Israel membina semula penempatan di kedua-dua Gaza dan kawasan utara Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf