Categories
Berita Semasa

Pada hari ke-124…perkembangan paling ketara dalam genosit di Gaza

Rabu, 14-2-2024 – Tentera Zionis Israel terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-124 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih daripada 90% penduduk.

Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri Zionis meneruskan serbuan dan
pengeboman ganas mereka – hari ini, Rabu – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza, di tengah-
tengah tumpuan pencerobohan ke atas Khan Yunis, dan pengeboman yang semakin intensif di
Rafah, yang menyasarkan rumah, tempat tinggal, kawasan perhimpunan orang, dan jalan-jalan,
membunuh ratusan syahid dan cedera.

Pada jam 11:00 malam hari ini, Rabu, pesawat tentera Zionis mengebom sebuah rumah dalam
pembinaan di Jalan Wahi al-Salam di bandar Deir al-Balah, di tengah Semenanjung Gaza.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin