
Selasa, 20-2-2024 – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) telah menyangkal dakwaan Rejim Zionis bahawa tenteranya menangkap apa yang dilabelkan sebagai 20 pengganas di Hospital Al-Amal di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, PRCS mengesahkan bahawa tentera Israel menculik sembilan pekerja perubatan dan pentadbirannya serta sembilan pesakit bersama beberapa penjaga, menekankan bahawa kru ambulansnya tidak dapat memindahkan pesakit yang ditahan hari ini ke tempat lain pada 5 Februari, kerana keadaan kesihatan mereka yang serius.
PRCS mengecam dakwaan tersebut sebagai “fitnah yang bertujuan untuk membenarkan serangan Rejim Zionis ke atas hospital dan kru perubatan di Gaza”.
PRCS menegaskan bahawa kader perubatannya, termasuk pekerja dan sukarelawan, mematuhi peruntukan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang berkaitan dengan misi perubatan dan mendedikasikan diri mereka secara eksklusif untuk kerja kemanusiaan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom