Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin Terbunuh Selepas Menikam Tentera Israel Di Nablus

Selasa, 12-03-2024 – Seorang remaja Palestin dibunuh rejim Israel berdekatan Nablus selepas membuat serangan ke atas tentera berkenaan di Nablus, semalam.

Seorang tentera Israel cedera dalam insiden tikaman di Huwara Street, bahagian selatan kota Nablus di Tebing Barat, menurut sumber media Hebrew

Menurut Radia Tentera Israel, “seorang rakyat Palestin mendatangi persimpangan jalan menghala penempatan Yotzhar, di selatan Nablus, dan menikam seorang tentera Israel dengan pisau yang mengakibatkan kecederaan ringan. Rakyat Palestin berkenaan kemudiannya ditembak sebelum disahkan terbunuh”.

Pasukan tentera Israel menulis dalam aplikasi X, “Satu insiden tikaman telah dilaporkan di Persimpangan Yitzhar. Tiada butiran lanjut memandangkan kes masih dalam siasatan”.

Semenjak 7 Oktober 2023, berlaku beberapa konfrontasi dengan pihak rejim Israel termasuk kempen tahanan dan serangan berskala besar.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul