Pendatang Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa manakala polis rejim mengetatkan sekatan sempena Purim

Sabtu, 30-03-2024 – Sejumlah besar pendatang Yahudi menyerbu dataran Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dengan perlindungan polis rejim pada hari pertama cuti “Purim Mishmar”.

Jabatan Waqaf Islam melaporkan puluhan pendatang menyerbu Masjid Al-Aqsa melalui pintu Bab el-Maghariba, dengan kawalan ketat oleh polis rejim zionis. Para pelampau itu menyamar sebagai paderi kuil bagi menunjukkan kewujudan agama Yahudi di Al-Aqsa.Jabatan itu menambah yang para pendatang melakukan lawatan sambil membuat provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud dengan perlindungan polis Rejim.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai