Bilangan tahanan Tebing Barat meningkat kepada 7,990.

Isnin, 15-04-2024 – Rejim Israel telah menahan sekurang-kurangnya 30 warga Palestin di Tebing Barat, termasuk wartawan Asmaa Harb dan ibu martir Ahmed Hilal Ghithan, selain bekas tahanan.

Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin mengatakan dalam satu kenyataan bersama pada hari Rabu bahawa ‘kempen penangkapan tertumpu pada wilayah-wilayah Yerusalem dan Ramallah, sementara penangkapan selebihnya terbahagi di wilayah-wilayah Al-Khalil, Betlehem, Tubas, Jenin, Qalqilya, dan Jericho.’ Selain itu, rejim Israel turut menahan beberapa pekerja dari Gaza di Ramallah.

Kenyataan itu menegaskan bahawa pihak rejim terus ‘menjalankan operasi pencerobohan dan pemusnahan berskala besar di bandar-bandar Tebing Barat, kem pelarian, dan bandar-bandar, disertai dengan tindakan sabotaj di rumah rakyat, selain pembantaian kejam terhadap tahanan dan keluarga mereka.’

Kenyataan itu mengesahkan bahawa ‘bilangan tangkapan selepas 7 Oktober tahun lepas telah mencapai lebih daripada 7,990, dan jumlah ini termasuk mereka yang ditangkap dari rumah mereka, di pusat pemeriksaan tentera, di bawah tekanan, dan mereka yang diambil sebagai tebusan.’

Ia menyatakan bahawa “kempen penangkapan yang sedang berlangsung dan meningkat berada dalam kerangka pencerobohan menyeluruh terhadap rakyat kami dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlangsung di Gaza setelah 7 Oktober, yang mensasarkan semua kategori termasuk kanak-kanak, wanita, orang tua, dan orang sakit dengan cara yang belum pernah terjadi sebelumnya.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah