
Isnin , 13-05-2024 – Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres, pada Selasa menyeru agar laluan masuk ke Gaza dibuka semula dengan kadar segera untuk membenarkan bantuan penting masuk, dan menggesa Israel untuk “menghentikan sebarang peningkatan serangan” selepas ia menghantar kereta kebal ke Rafah.
“Keadaan menjadi semakin parah. Saya berasa terganggu dan tertekan disebabkan oleh aktiviti ketenteraan mutakhir di Rafah oleh Tentera Israel,” katanya.
“Penutupan kedua-dua laluan Rafah dan Kerem Shalom membinasakan situasi kemanusiaan dengan teruk sekali. Kedua-dua laluan ini mesti dibuka semula dengan kadar serta-merta.”
“Saya menggesa kerajaan Israel untuk menghentikan sebarang peningkatan serangan dan terlibat secara aktif dan membina dalam perbincangan diplomatik yang sedang berlangsung,” kata Guterras.
Bagi Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara Gaza pula, pihak itu mengecam operasi ketenteraan Israel di kawasan itu dan menekankan bahawa penutupan laluan Rafah tidak membawa apa-apa risiko terhadap Israel.
Kementerian itu memberi amaran bahawa penutupan laluan Rafah “menjadikan krisis kemanusiaan menjadi lebih buruk lagi” dan “mewakili polisi penghakiman dan hukuman kolektif terhadap lebih dari 2 juta orang”.
Kementerian tersebut menggambarkan lorong tersebut sebagai “saluran utama bagi warga di Semenanjung Gaza,” yang “sebenarnya tidak merupakan sebarang ancaman kepada kependudukan Israel”.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida