Berkesankah Memo dan Demo ?

Oleh Maszlee Malek (kolumnis Palestinkini)

Penulis telah menyertai program penyerahan demo bantahan kepada kedutaan US di KL baru2 ini berikutan penyerangan dahsyat pengganas Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah mengorbankan lebih 100 nyawa. Ikuti komentar beliau tentang salah faham Memo dan Demo dikalangan rakyat Malaysia.

15/10/2004 yang bersamaan dengan 1 Ramadhan 1425 mencatatkan satu kenangan yang manis buat penggiat isu Palestin di Malaysia. Memorandum bantahan terhadap keganasan Israel di kem pelarian Jabaliya dan juga penggunaan kuasa veto Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamtan PBB telah berjaya diserahkan kepada kedutaan AS tepat jam 11:30 tengahari. Memo yang ditandatangani oleh 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga parti-parti politik itu telah diserahkan kepada setiausaha ke-2 kedutaan oleh Presiden JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia), saudara Zaid Kamarudin.

Sekumpulan tujuh orang, antara lain, tuan presiden sendiri, Dr. Hatta Ramli, ketua lajnah antara bangsa PAS, Hj. Azhari (pengerusi J/K hubungan antara bangsa JIM), Hj. Yusuf (setiausaha JIM antarabangsa), penulis sendiri, saudari Nor Khairayati dan Puan Lia Abdullah (kedua-duanya mewakili MSRI ? Malaysian Sosiological Research Institute) dan juga Ust. Shamsul Maarif telah mewakili 13 pertubuhan-pertubuhan tersebut untuk berjumpa dengan pihak kedutaan. Seperti yang telah dijanjikan, mereka tidak bersedia menerima kunjungan tersebut di dalam kedutaan dan hanya menyambut tetamu-tetamu yang tidak mereka inginkan itu di pagar kedutaan sahaja.



Ketua Concern Group (Zaid Kamaruddin) sedang menyerahkan memorandum bantahan pada Alex Sokoloff, wakil duta US

Yang menarik ialah bilangan para anggota keselamatan (baca: polis) dan para wartawan melebihi bilangan para delegasi tersebut. Jikalaulah yang menyertai rombongan penyerahan memo itu jumlahnya tujuh orang, maka bilangan anggota keselamatan yang bertugas adalah tiga jika tidak empat kali ganda bilangan tersebut. Dengan pelbagai kesulitan dan juga prosedur yang ?direka cipta? oleh mereka sendiri, akhirnya berjaya juga tujuh manusia pembela rakyat Palestin ini masuk ke kawasan pagar kedutaan untuk menyerahkan memo.



Hj Zaid Kamaruddin sedang menyatakan isi nota bantahan pada pegawai kedutaan semasa perjumpaan

Selepas upacara penyerahan, penerangan dan juga bersalaman, saudara Zaid dan Dr. Hatta mula dikerumuni para wartawan dan juga pemberita yang ingin memuatkan akhbar-akhbar mereka dengan berita tersebut. Segala-galanya selesai sehingga jam 12:12 tengahari waktu tempatan.

Agenda masih belum lagi selesai. Selesai sahaja solat Jumaat di masjid Tabung Haji, seperti yang telah direncanakan, program ?penerangan? memo (baca: demo) dimulakan di perkarangan luar bangunan Tabung Haji. Berbekalkan hailer yang dibawa oleh PAS Gombak, Hj. Azhari memulakan bicara penerangan tersebut. Orang ramai yang mula keluar dari masjid dan bangunan secara berpusu-pusu mula tertanya-tanya.

Ada yang berkata, ?Anwar dah lepas, takkan ada demo lagi?..? begitulah sinonimnya Anwar dengan demo. Risalah yang mengandungi isi kandungan memo dan juga kenyataan akhbar JIM diedarkan kepada para hadirin. Selesai Hj. Azhari, Dr. Hatta Ramli pula mengambil alih, ternyata beliau adalah ahli ucapan umum!. Sesudah itu Hj. Zaid pula, dan akhirnya disudahi dengan bacaan doa dari Penulis sendiri yang berpakaian kemeja dan beg bergalas belakang yang jauh dari imej seorang ustaz (walaupun diumumkan nama ustaz oleh Hj. Azhari).



Ketua Concern Group (Zaid Kamaruddin) sedang membuat ‘press conference’ depan Kedutaan US

Persoalan yang timbul, apakah kesan memo dan demo tersebut ?. Soalan yang pernah diajukan kepada penulis. ?Amerika bukannya nak dengar!?, ?membazir sahaja?, ?kita sibuk-sibuk memo orang di sana kena bunuh juga?, ?bukannya ada kesan!?, ?duduk rumah baca al-Quran lagi baik!?, ?buat solat hajat aje!?, ?demo-demo ini bid?ah!?. Itulah di antara reaksi rakyat Malaysia terhadap apa yang dilakukan. Betullah pepatah Inggeris mengatakan: ?Spectators are more than players? (penonton lebih ramai dari pemain?. Sepatutnya ditambah lagi ?Lousy and noisy spectators are more and easier to be than the pro-active players?.

Persoalan natijah bukanlah isunya di sini. Sebagai manusia berakal yang dilahirkan di bumi Malaysia boleh yang diserikan dengan ?culture of fear? dan juga ?under siege mentality? penulis tidak menyalahkan penonton-penonton tersebut. Biar pun ada di kalangan mereka yang berkata-kata itu mereka yang boleh berfikir, kerana mereka telah terdidik untuk takut, inginkan kerja yang mudah, inginkan ?safe play?, inginkan natijah datang bergolek dan sering menginginkan sesuatu tanpa usaha. Pada kebanyakan rakyat Malaysia, ianya antara dua pilihan, samada buat sesuatu yang ideal yang mereka mempunyai alasan sukar dilakukan, ataupun langsung tidak buat apa-apa. Walhal natijah kedua-duanya adalah sama, tidak perlu buat apa-apa, cuma kritik sahaja.



Orang ramai mendengar ucapan bantahan dari perunding-perunding Concern group diperkarangan Bangunan Tabung Haji

Sayang, seribu kali sayang, artikel ke-10 perlembagaan persekutuan tidak pernah dapat dihayati sepenuhnya oleh rakyat Malaysia yang meredeka. Pada mereka tidak boleh berhimpun kecuali dengan izin pemerintah. Jika pemerintah tidak buat, kita jangan pandai-pandai nak buat. Jika nak buat juga, biar ada ramai-ramai, nanti aku boleh lari kalau ada apa-apa…

Memang bukanlah harapan mereka yang menganjurkan memo dan demo ini untuk melihat esoknya Israel akan berundur segera kerana takutkan atau patuh kepada memo yang ditanda tangani oleh 13 NGO dan parti-parti politik tersebut. Bukan juga mereka ingin melihat AS akan segera menarik balik veto mereka kerana ?tekanan? memo tersebut. Jika berlaku, itu adalah mukjizat, seumpama mukjizat tongkat Musa bertukar menjadi ular.

Itu semua tidak mustahil berlaku, tetapi sukar dan tidak mudah, tetapi apa yang mereka lakukan itu adalah sebahagian daripada pengamalan demokrasi dan juga kebebasan bersuara yang diamalkan di dalam negara demokrasi seperti Malaysia. Apa yang mereka lakukan ialah untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang lain, yang masih lagi khayal dengan hiburan dan dicandukan dengan ibadah puasa untuk bersikap peduli terhadap saudara seagama mereka di Palestin. Jika kita senyap, maksudnya kita setuju!, jika AS tidak menerima teguran, maknya mereka yakin rakyat Malaysia bersetuju dengan mereka!

Apa yang dilakukan oleh gabungan 13 NGO dan parti politik ini juga merupakan sebahagian daripada ?Amar Maaruf dan Nahi Munkar? yang merupakan jihad di bulan Ramadan ini. Bukankah Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: ?Ketua para syuhada adalah Hamzah, dan seorang yang berdiri di hadapan pemimpin yang zalim dan menasihatinya dan kemudian dia dibunuh!?. Siapakah yang lebih zalim daripada AS ?, apakah tindakan yang lebih zalim dari apa yang berlaku di Jabaliya dan juga veto AS yang menyokong mereka? Bukankah itu juga sebahagian daripada jihad lisan (dengan suara)!

Jikalaulah natijah yang menjadi perkiraan, sudah tentu Rasulullah S.A.W. lebih memilih untuk balik Madinah membca al-Quran sehingga khatam berbanding berdepan dengan musyrikin Quraisy di medan Badar. Atau mungkin sahaja Jaafar akan memilih untuk pulang ke Madinah berbanding dengan pertempuran yang tidak seimbang menurut akal manusia lewat perang Mu?tah (kerana bilangan muslimin hanya 3,000 orang di pertempuran tersebut berbanding bilangan tentera Rom sebanyak 120,000 dan ada yang



Hj Azahari (JIM International) memulakan ucapan di hadapan bangunan Tabung Haji selepas solat jumaat.

mengatakan 200,000). Antijah bukannya matlamat, yang penting apa yang kita lakukan, itu yang akan Allah persoalkan nanti.

Penulis sentiasa memikirkan inovasi untuk perjuangan menyebarkan kesedaran isu Palestin yang sebenar kepada masyarakat Malaysia yang serba boleh ini. ?Road show? atau siri ceramah-ceramah dan siri malam-malam Palestin yang dianjurkan tidak dapat menarik ramai orang. Biar pun setakat ini sudah lebih 500 ceramah yang telah JIM Antarabangsa anjurkan di seluruh Malaysia semenjak tahun 2000 lagi, namun ianya adalah medium yang sudah ketinggalan zaman. Anak-anak muda dan orang bukan Islam masih lagi gagal untuk memahami isu sebenar di bumi Palestin. ?Arab teroris, Israel mempertahankan diri?, itulah yang berlegar di pemikiran mereka. ?Arab tidak bersatu, Israel adalah bala yang Allah turunkan ke atas mereka?, itulah mind set orang Melayu terhadap isu Palestin.

Sebelum bersuarai dari prhimpunan penerangan memo, penulis terfikir, mengapa tidak ada acara nasyid (yang semangat dan bukan nasyid pondan), pentomen 5 minit dan diselang-selikan dengan majlis penerangan. Bukankah dengan cara tersebut, ianya akan lebih menarik ramai audien. Bukankah dengan cara tersebut mesej lagi mudah disampaikan?. Penulis juga terfikirkan lagu rap yang berkaitan isu Palestin mungkin boleh digunakan juga untuk menarik golongan-golongan muda. Penulis terfikir juga mengapa tidak dibuat road show, edaran risalah dan juga persembahan ini di setiap pelusuk negara setiap minggu. Di samping kempen penerangan, ianya juga akan dapat mengutip derma untuk para pelarian Palestin melaui jualan-jualan buku, kaset, cd dan lain-lain lagi. Masjid-masjid, kompleks-kompleks membeli-belah, taman-taman dan juga tempat-tempat umum.

Setiap kali majlis tersebut, ianya disertai dengan kutipan tanda tangan orang ramai sebagai protes. Maka setiap minggulah kedutaan AS akan dihujani dengan memo-memo. Proses ini akan berlanjutan ke negara-negara lain, seperti Indonesia, negara-negara OIC dan juga negara-negara Eropah. Maka laratkan kedutaan AS di seluruh dunia menerima protes dan memo setiap minggu ?, tambah lagi jika liputan berita dunia sentiada menceritakan isu tersebut?, tetapi dengan syarat ianya mestilah berterusan dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Bukankah itu inovasi ?, persoalannya , siapakah yang sudi melakukan kerja-kerja tersebut ? Bukankah kita telah bersetuju, penonton yang tak berguna dan bising itu lebih ramai dari pemain-pemain yang pro-aktif…