
Selasa, 21-05-2024 – Pasukan Pertahanan Awam Palestin pada hari Rabu menemui puluhan mayat warga yang syahid dalam serangan pasukan rejim (IOF) selama seminggu ke kawasan Al-Zaytoun dan Sabra di tenggara Bandar Gaza.
Jurucakap Pertahanan Awam Gaza Mahmoud Basal berkata pasukan penyelamat setakat ini telah menemui berpuluh-puluh mayat rakyat Palestin yang terbunuh di kejiranan Al-Zaytoun dan klinik kesihatannya.
“Pasukan kami sedang bekerja di kawasan kejiranan untuk mencari mangsa yang terbunuh semasa serangan rejim Israel, ” katanya.
Beliau turut menunjukkan bahawa rejim IOF memusnahkan lebih daripada 200 buah rumah di kejiranan Zaytoun semasa serangan yang sedang berlangsung.
14 rakyat Palestin terbunuh di kejiranan Sabra di bandar itu selepas klinik yang dikendalikan PBB menjadi sasaran jet rejim Israel, tambahnya.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah