
Isnin, 27-05-2024 – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada hari Khamis memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa terdapat peningkatan penyakit berjangkit di Semenanjung Gaza.
“WHO melaporkan penyakit berjangkit, termasuk cirit-birit dan penyakit disyaki hepatitis A semakin meningkat di Gaza,” kata UNRWA di X.
“Kita perlukan gencatan senjata sekarang,” katanya, dengan menekankan keperluan menyediakan penjagaan kesihatan berterusan, “tetapi tempat perlindungan yang sesak dan sanitasi terhad akibat pemindahan paksa menimbulkan risiko kesihatan yang teruk.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina