6 warga Palestin cedera dalam serangan peneroka haram Yahudi di Nablus.

Khamis , 20-06-2024 – Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin cedera dalam serangan peneroka haram Yahudi di bandar Urif di Selatan Nablus, pada petang Ahad. Sumber tempatan melaporkan sekumpulan peneroka haram Yahudi melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah milik warga Palestin Issam Safadi berhampiran sekolah menengah Uriff, mencederakan seorang kanak-kanak dan seorang pemuda sebelum membakar sebuah kereta. Beberapa rakyat Palestin turut cedera ketika menghadapi tentera zionis Israel yang datang melindungi peneroka haram.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad