Categories
Berita Semasa

Presiden Iran Isytihar Sokongan Padu Buat Palestin

Rabu, 17-07-2024 – Presiden Iran yang dipilih, Masoud Pezeshkian memberi jaminan kepada negara Palestin dan pasukan penentang pentadbirannya mengenai sokongan yang disebut sebagai sokongan yang jitu dalam perjuangan menentang rejim Zionis.

Perkara ini disebut dalam surat kepada Ketua Hamas Ismail Haniyyeh, dalam ucapan terima kasih kepadanya atas mesej tahniah untuk kemenangan beliau dalam pilihan raya.

Pezeshkian memberi jaminan kepada Haniyyeh bahawa Iran akan terus menyokong negara Palestin dan perjuangannya terhadap pendudukan dan rejim Zionis apartheid sebagai tugas mereka dari segi kemanusiaan dan Islam.

Republik Islam itu akan terus menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin yang tertindas sehingga pemulihan penuh hak mereka, pemenuhan matlamat mereka, dan pembebasan Baitulmaqdis, kata Presiden yang terpilih itu.

Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa Palestin akan menjadi pemenang utama dalam perjuangan bersejarah yang ditunjukkan oleh rakyat Palestin dan Gaza dan usaha heroik yang dibuat oleh pejuang penentang dalam perang yang sedang berlangsung terhadap rejim Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah