Categories
Berita Semasa

Persatuan Bola Sepak Palestin: Penyertaan Israel Di Dalam Copa Amerika Sama Sekali “Tidak Beretika”

Rabu, 24-07-2024 – Persatuan Bola Sepak Palestin menyelar persetujuan di antara CONMEBOL (Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan) bersama Persatuan Bola Sepak Israel untuk membenarkan penyertaan Persatuan Bola Sepak Israel ke dalam Liga Copa Amerika. 

Persatuan Palestin, dalam kenyataannya berkata “ Keputusan telah dibuat ketika di mana Gaza sedang menyaksikan serangan pembunuhan yang sedang berlangsung. Oleh itu membuat persetujuan seperti ini secara moralnya tidak dapat diterima dan tidak masuk akal bagi masyarakat antarabangsa. 

Dalam kenyataan akhbar yang dibuat pada Rabu itu, Persatuan Bola Sepak Palestin juga menyeru

FIFA serta masyarakat antarabangsa, untuk turut menyatakan pendirian terhadap pembantaian yang  berterusan kepada atlet-atlet Palestin, menghadapi sasaran terancang, namun dalam masa yang sama atlet-atlet Israel mendapatkan pengiktirafan antarabangsa sewenang-wenangnya.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi