
Jumaat , 09-08-2024 – Seorang wartawan Palestin bersama tiga orang awam lain terbunuh dalam serangan udara Israel di timur Khan Yunis pada petang Selasa.
Sumber tempatan berkata bahawa wartawan Mohammed Issa Abu Saada terbunuh dalam serangan udara Israel di sekitar rumah keluarganya yang terletak di timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.
Empat rakyat terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serbuan Israel yang menyasarkan khemah bagi pelarian berhampiran sebuah sekolah di Bani Suhaila, yang turut menyediakan perlindungan untuk beribu-ribu penduduk Palestin.
Pejabat Media Kerajaan (GMO) Gaza berkata dalam satu kenyataan bahawa jumlah wartawan yang terbunuh dalam serangan pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan ke atas Gaza telah meningkat kepada 166 orang sejak 7 Oktober tahun lalu.
Ia menambah dalam satu kenyataan bahawa Abu Saada bekerja sebagai wartawan dan jurufoto untuk beberapa saluran media.
GMO mengecam tindakan Israel menyasarkan wartawan Palestin dan menggesa masyarakat dunia dan institusi yang prihatin untuk menghalang Israel dan membawa isu ini ke hadapan tribunal antarabangsa atas jenayah perang yang dilakukan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul