Al-Resheq: Serangan ke atas Lubnan tidak akan menjejaskan usaha dan keazaman pergerakan pejuang kebebasan

Isnin , 23-09-2024 – Anggota Biro Politik Pergerakan Hamas Izzat Al-Resheq mengutuk serangan berterusan Israel ke atas Lubnan, yang menyasarkan warga awam, dengan meletupkan peranti komunikasi tanpa wayar di seluruh negara, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh mangsa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, Al-Resheq berkata: “Rejim Zionis yang fasis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesan serangan berterusan ke atas Lubnan, pada masa yang sama masih meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.”

“Serangan pengganas Zionis ini adalah pencerobohan terang-terangan ke atas tanah, rakyat, dan kedaulatan Lubnan, mendedahkan wajah sebenar entiti ini yang melanggar semua piagam dan norma antarabangsa, lantas meletakkan tanggungjawab ke atas masyarakat antarabangsa untuk menguatkuasakan undang-undang bagi menamatkan keganasan Zionis ini.”

“Serangan Zionis yang kejam ini tidak akan menjejaskan keazaman, kecekalan, dan keberanian pejuang kebebasan Lubnan.”

Satu turutan letupan berlaku pada petang Rabu selepas peranti komunikasi tanpa wayar rakyat awam meletup dalam beberapa siri kejadian di beberapa wilayah Lubnan, menyebabkan beberapa orang mati syahid dan cedera.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom