Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: 65% Institusi Kesihatan Di Gaza Tidak LagiBeroperasi.

Selasa, 15-10-2024 – Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa rejim Israel telah menyerang 65% daripada institusi kesihatan di Gaza, dan secara sengaja menghalang ribuan pesakit daripada menerima rawatan perubatan selama setahun penuh akibat genosida Israel.

Laporan ini dikeluarkan sempena memperingati 7 Oktober, iaitu tarikh bermulanya perang pemusnahan oleh Israel terhadap Gaza.

Kenyataan itu menegaskan, “Hampir 65% institusi kesihatan, termasuk hospital kerajaan, swasta, dan kemudahan UNRWA, telah diserang. Baki yang masih beroperasi pula terpaksa berfungsi dalam keadaan sesak dengan kadar penggunaan 300%, terutamanya di unit rawatan rapi dan wad bayi.”

Selain itu, rejim Israel juga memusnahkan infrastruktur, rangkaian kumbahan, dan menghalang kemasukan bahan pencuci serta bahan steril, menyebabkan wabak dan penyakit seperti hepatitis, polio, dan penyakit kulit merebak di kalangan penduduk.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul