Selasa, 7/1/2025 – Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza, Munir al-Barash, menyeru tindakan nyata bagi pembebasan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safiya.
“Abu Safiya dilihat di Penjara Sde Teiman dengan tanda-tanda pukulan dan penyeksaan kelihatan pada tubuhnya. Pada mulanya, Regim Zionis Israel menafikan penangkapannya, namun kemudian mengakuinya,” tambah al-Barash.
Abu Safiya ditangkap pada 27 Disember apabila tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan yang telah dibom selepas hampir tiga bulan sekatan di utara Gaza.
Semua kakitangan perubatan, pesakit, dan ahli keluarga mereka diarah keluar dari hospital dengan senjata api, dipaksa menanggalkan pakaian sehingga tinggal pakaian dalam, dan dipindahkan ke lokasi yang tidak diketahui.
Penterjemah : Norshuhada Samudin