Categories
Berita Semasa

Tiga Wartawan Palestin Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza


Isnin, 20/1/2025 – Tiga lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan pekerja media Palestin yang terbunuh dalam perang genosid selama 15 bulan di Semenanjung Gaza meningkat kepada sekurang-kurangnya 206 orang.

Wartawan Ahmed Al-Shiah maut dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah dapur amal di kawasan Al-Mawasi, barat bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. Serangan itu turut meragut nyawa dan mencederakan beberapa individu lain.

Aqel Saleh pula terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sekumpulan penduduk di kem pelarian Shati, barat Gaza City.

Di Nuseirat, Gaza tengah, aktivis Ahmed Abu Alrous dan empat orang lagi turut terkorban apabila serangan udara Israel mengenai kenderaan mereka.

Setakat pagi Rabu, serangan Israel telah mengorbankan 59 rakyat Palestin di seluruh Gaza.

Penterjemah : Ezatul