
Selasa, 21/1/2025 – Anggaran kos pembinaan semula Gaza selepas 15 bulan perang genosid oleh Regim Zionis Israel ke atas wilayah yang terkepung itu berbeza-beza.
Pada Ogos 2024, rangkaian Bloomberg memetik pakar yang menganggarkan kos pembinaan semula Gaza dan pemulihan pasaran buruh yang musnah mungkin melebihi $80 bilion, di samping $700 juta untuk menghapuskan 42 juta tan runtuhan.
Dalam laporan sebelumnya, Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan kerosakan kepada infrastruktur penting di Gaza antara Oktober 2023 dan Januari 2024 adalah sekitar $18.5 bilion.Pada Oktober lalu, PBB menyatakan bahawa pembuangan 42 juta tan sisa runtuhan akibat serangan agresif oleh pendudukan Israel mungkin mengambil masa bertahun-tahun dan menelan belanja $1.2 bilion.
Penterjemah : Norshuhada Samudin & Nur idawati