Categories
Berita Semasa

Hamas dan Jihad Islam Gesa Penduduk Tebing Barat Menentang Penjajah Zionis

Isnin, 27/1/2025 – Pergerakan Hamas telah menggesa anak muda Tebing Barat dan semua rakyat Palestin untuk bergabung tenaga antara satu sama lain dan meningkatkan konfrontasi dengan Zionis (IOF) di semua kawasan dan menggagalkan serangannya ke atas Jenin.

Tentera Zionis melancarkan serangan besar-besaran pada hari Selasa ke atas Jenin dan kem pelariannya selepas pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin berundur dari kawasan itu. Sekurang-kurangnya lapan orang mati syahid dan berpuluh-puluh cedera dalam serbuan IOF.

Dalam satu kenyataan, Hamas meratapi rakyat yang terbunuh semasa operasi IOF di Jenin dan memuji para pejuang penentangan kerana berani berdiri di hadapan tentera Israel dan bertempur dengan mereka.

Hamas mengecam sekeras-kerasnya pasukan keselamatan PA kerana berundur dari sekitar kem Jenin selepas IOF memulakan operasinya di kawasan itu hari ini, menunjukkan bahawa perkhidmatan keselamatan PA telah mengepung kem Jenin selama lebih 48 hari dan menolak semua inisiatif nasional yang bertujuan untuk menamatkan langkah berbahaya mereka terhadap penentangan.

Penterjemah : Ameen