Categories
Berita Semasa

Ketua Hak Asasi Manusia PBB Kecam Rancangan Trump untuk ‘Mengambil Alih’ Gaza

Isnin, 10/02/2025 – Ketua hak asasi manusia PBB mengecam rancangan Presiden AS, Donald Trump, untuk “mengambil alih” Gaza dan memaksa penduduk Palestin dipindahkan ke negara lain, menegaskan bahawa sebarang pemindahan paksa atau pengusiran rakyat Palestin dari wilayah yang diduduki akan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Adalah penting untuk kita beralih ke fasa seterusnya dalam gencatan senjata, membebaskan semua tebusan dan tahanan yang ditahan secara sewenang-wenangnya, menamatkan perang, dan membina semula Gaza dengan sepenuhnya menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta undang-undang hak asasi manusia antarabangsa,” kata Volker Turk dalam satu kenyataan.

Turk menegaskan bahawa “undang-undang antarabangsa sangat jelas” dan mengulangi bahawa hak untuk menentukan nasib sendiri adalah prinsip asas yang mesti dihormati oleh semua negara.

Penterjemah : Norshuhada Samudin