
Isnin, 17/02/2025 – Presiden Amerika syarikat, Donald Trump menyatakan sokongannya terhadap aneksasi(pengambilalihan wilayah secara paksa) oleh Israel atas Tebing Barat dan berjanji untuk mengawal Semenanjung Gaza dan mengusir penduduknya. Sementara itu, Raja Abdullah II dari Jordan mengumumkan sikap baru dalam konteks ini.
Menanggapi pertanyaan tentang aneksasi Israel atas Tebing Barat, Trump berkata, “Ia akan berjaya,” menurut laporan Reuters.
Mengenai Gaza, Presiden Amerika Syarikat mengatakan, “Kami akan mengelola Gaza dengan sangat benar dan kami tidak akan membelinya.”
Dia menambah, “Rakyat Palestin akan hidup aman di tempat lain selain Gaza dan saya menyedari bahawa kita mampu mencapai penyelesaiannya.”
Presiden AS menjelaskan bahawa dia “melakukan diskusi singkat dengan raja Jordan sekarang dan akan melakukan diskusi lanjut yang lebih panjang.
“Saya yakin 99% kita akan mampu mencapai sesuatu dengan Mesir juga,” katanya.
Reuters mengutip ucapan Raja Jordan yang mengatakan bahawa kerajaannya akan menerima dua ribu anak Palestin yang sakit.
Mengenai penerimaan warga Palestin, Abdullah II berkata, “Kita harus mempertimbangkan bagaimana menerapkan hal ini dengan cara yang memenuhi kepentingan semua orang.”
Mengenai keberadaan tanah yang boleh diduduki oleh warga Palestin, Abdullah II berkata, “Saya perlu melakukan apa yang patut demi kepentingan negara saya.”
Beliau menambah, “Kita harus menunggu rancangan dari Mesir,” yang menjangkakan ada tanggapan dari beberapa negara.
Dalam masa yang sama, Trump mengatakan bahawa Hamas harus membebaskan semua “tawanan” dan “tebusan” pada hari Sabtu.
Penterjemah : Dr Osman