Categories
Berita Semasa

Laporan PBB: Biaya Pembinaan Semula Gaza dan Tebing Barat USD53 Bilion

Isnin, 24/02/2025 – Penilaian yang dikeluarkan oleh PBB, Kesatuan Eropah dan Bank Dunia pada hari Selasa menyatakan bahawa “Dana yang diperlukan untuk membina kembali Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, setelah 15 bulan perang yang dilancarkan oleh (Israel) di Semenanjung Gaza dan operasi militan di Tebing Barat, akan melebihi USD53 bilion.”

Penilaian sementara mengenai kerosakan dan dana yang diperlukan menunjukkan “perlunya USD53,2 bilion untuk pemulihan dan rekonstruksi selama sepuluh tahun ke depan, termasuk USD20 bilion dalam tiga tahun pertama.”

Seminggu yang lalu, ketua Setiausaha PBB, António Guterres menulis, dalam sebuah laporan yang disiapkan atas permintaan Majlis Umum, bahawa “jumlah yang diperlukan untuk pemulihan dan rekonstruksi dalam jangka pendek, menengah dan panjang di Jalur Gaza dijangka mencapai sekitar USD$53.142 bilion.”

Pengeboman Israel di Semenanjung Gaza yang terkepung menyebabkan “kerosakan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah moden,” menurut laporan PBB sebelumnya.

Menurut penilaian, kerosakan yang dilakukan oleh Pusat Satelit PBB (UNOSAT) bulan lalu, “Hingga 1 Disember 2024, sekitar 69% bangunan di sektor ini rosak atau hancur, yang berarti total 170.812 bangunan.”

Ia menambah, “Hanya 18 dari 36 hospital (50%) yang beroperasi sebahagian, dengan total kapasiti 1,800 tempat tidur.”

Hingga 1 Disember lalu, Dana Kanak-Kanak Persatuan Bangsa-Bangsa (UNICEF) mengira tidak kurang dari 496 sekolah mengalami kerosakan, atau sekitar 88% dari 564 fasiliti yang terdaftar, dan di antara sekolah-sekolah tersebut, 396 sekolah terkena bom langsung.

Penterjemah : Dr Osman