
Isnin, 03/03/2025 – Kumpulan Pejuang Islam “Hamas” mengumumkan perjanjian dengan pengantara Mesir untuk menyelesaikan masalah penangguhan pembebasan tahanan Palestin yang sepatutnya dibebaskan dalam kumpulan terakhir, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dicapai oleh Pusat Informasi Palestin tersebut, kumpulan itu menjelaskan bahawa menurut persetujuan yang telah dicapai, mereka sepatutnya dibebaskan serentak dengan serahan mayat tahanan Israel semasa peringkat pertama, iaitu seiring dengan pembebasan wanita dan kanak-kanak Palestin yang lain.
Delegasi kepimpinan Hamas yang diketuai oleh Khalil Al-Hayya telah mengakhiri lawatannya ke Kaherah, di mana dalam lawatan tersebut, ia bertemu dengan pegawai Mesir, membincangkan perjalanan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata, pertukaran tahanan, dan menjangkakan rundingan untuk fasa kedua.
Delegasi kepimpinan kumpulan itu menegaskan pendiriannya yang jelas mengenai keperluan pematuhan yang lengkap dan tepat kepada segala syarat yang telah dipersetujui. Bagi pihaknya, sumber akhbar telah melaporkan bahawa telah dipersetujui supaya pembebasan tahanan Palestin yang tertangguh itu sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu, di mana pertukaran mayat dilakukan secara serentak mengikut tarikh yang ditetapkan.
Penterjemah : Halimah