Categories
Berita Semasa

Ketua Unrwa Beri Amaran Tentang Kelaparan Yang Semakin Teruk Di Gaza.

Isnin, 17/03/2025 – Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, memberi amaran bahawa keadaan di Gaza semakin merosot dengan pantas selepas Israel sekali lagi menghentikan semua bekalan masuk ke wilayah itu. 

“Apa pun alasan yang diberikan, jelas bantuan kemanusiaan ke Gaza sedang dijadikan senjata,” katanya pada Isnin. 

Beliau menegaskan bahawa bantuan mesti dibenarkan masuk semula bagi mengekalkan kemajuan semasa gencatan senjata dan memenuhi keperluan asas penduduk. Jika tidak, Gaza berisiko kembali mengalami kebuluran teruk seperti sebelum ini. 

Lazzarini juga menyatakan bahawa UNRWA sedang berdepan tekanan hebat akibat kempen maklumat palsu, usaha mengharamkannya di parlimen Israel, serta penggantungan dana oleh penderma utama. 

“UNRWA tidak boleh dibiarkan runtuh,” katanya. 

“Jika ini berlaku, ia akan mewujudkan kekosongan berbahaya di Palestin dan memberi kesan besar kepada Jordan, Lubnan, dan Syria.”  “Tanpa pendidikan untuk kanak-kanak dan akses kepada perkhidmatan asas, keadaan akan menjadi subur untuk eksploitasi dan ekstremisme,” tambahnya.

“Ini bukan sekadar isu Palestin, tetapi ancaman kepada keamanan dan kestabilan serantau serta global.” 

Beliau turut mengakui bahawa keadaan kewangan UNRWA kini sangat kritikal dan tidak menentu.

Penterjemah : Ezatul