
Isnin, 17/03/2025 – Polis Israel merampas mayat seorang pekerja Palestin yang meninggal dunia akibat kecederaan parah pada hari Rabu selepas terjatuh di tapak pembinaan di Jerusalem, lapor pejabat gabenor Jerusalem.
Pejabat gabenor berkata bahawa Ra’fat Hammad, seorang bapa kepada tiga anak berusia 35 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan selepas dikejar oleh pegawai polis Israel, menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian lima tingkat di tapak pembinaan itu.
Polis Israel berkata mereka akan melakukan bedah siasat ke atas mayat Hammad dengan alasan untuk mengesahkan identitinya. Bagaimanapun, keluarga Hammad membantah tindakan itu dan mengumumkan mereka akan berusaha membawa pulang jenazahnya ke Silwad, kampung halamannya di Tebing Barat, untuk dikebumikan.
Penterjemah : Neina