Categories
Berita Semasa

Abu Obeida Seru Umat Islam Bersatu Menentang Kezaliman

Isnin, 24/03/2025 – Jurucakap sayap ketenteraan Hamas, Abu Obeida, memuji keberanian Ansar Allah di Yaman atas sokongan mereka yang teguh terhadap rakyat Gaza. Beliau menyifatkan tindakan kumpulan itu sebagai simbol solidariti sejati, selepas mereka melancarkan serangan roket ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap keganasan berterusan di Gaza.

Kenyataan ini dibuat selepas Ansar Allah melancarkan peluru berpandu ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel, yang menurut tentera Israel telah dipintas.

“Hari ini, peluru berpandu dari Yaman bertemu dengan roket Gaza di ruang udara Tel Aviv. Ini membuktikan bahawa Gaza tidak bersendirian,” kata Abu Obeida, merujuk kepada serangan roket yang dilancarkan dari Gaza.

Beliau menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk terus memberi sokongan kepada Gaza dan memainkan peranan dalam menghentikan kezaliman Israel.

“Kami menyeru umat Islam untuk bangkit mempertahankan Al-Aqsa dan terus membantu Gaza sehingga musuh ditewaskan,” tambahnya.

Penterjemah : Ezatul