Categories
Berita Semasa

Korban serang dron Rejim Zionis di Lubnan

Isnin, 21/04/2025 – Seorang warga Lubnan syahid pada hari Khamis lepas dalam satu serangan dron Israel yang menyasarkan bandar Aitroun di selatan Lubnan, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Dron tersebut telah menyasarkan sebuah motosikal dengan peluru berpandu di jalan Naqaa di Aitroun, menurut Agensi Berita Nasional (NNA).

Serangan itu telah mengakibatkan kecederaan, manakala agensi berita kemudiannya mengumumkan bahawa seorang mati syahid akibat serangan  tersebut.

Walaupun perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan mula berkuat kuasa pada 27 November 2024, rejim Israel sudah melakukan lebih daripada 1,260 serangan melanggar perjanjian gencatan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 100 orang syahid dan lebih daripada 330 orang cedera.

 Perjanjian gencatan senjata di selatan Lubnan yang mula berkuat kuasa pada 27 November 2024 menetapkan bahawa tentera Israel mesti berundur dari kawasan perkampungan dan bandar di sempadan selatan Lubnan dalam tempoh enam puluh hari.

Bertentangan dengan perjanjian gencatan,pihak berkuasa rejim Israel sehingga tarikh 18 Februari masih belum berundur secara sepenuhnya daripada Selatan Lubnan dan terus menguasai lima  penempatan di dalam kawasan yang ditakluki sewaktu peperangan yang lalu.

Penterjemah : Hj Fariz