Categories
Berita Semasa

7 terbunuh dalam serangan dron ke atas khemah keluarga Kasab di Al-Mawasi, Rafah

Rabu, 21/05/2025 – Tujuh rakyat Palestin terbunuh dan lima lagi cedera apabila sebuah dron Israel melancarkan peluru berpandu peninjau ke arah khemah keluarga Kasab di kawasan Al-Mawasi, Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Mangsa-mangsa telah dibawa ke Hospital Palang Merah di bahagian barat Rafah.

Serangan ini menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza sejak awal pagi Isnin meningkat kepada 85 orang, di tengah-tengah serangan udara Israel yang berterusan dan semakin hebat di seluruh Gaza.

Terdahulu pada hari yang sama, Khan Yunis menyaksikan pengeboman udara besar-besaran yang berlaku serentak dengan satu serangan pembunuhan terancang oleh unit penyamaran Israel (“Mista’arvim”), yang membunuh Ahmed Sarhan, seorang komander dalam Briged Al-Nasser Salah al-Din. Beliau dilaporkan terbunuh dalam satu pertempuran bersenjata, manakala isteri dan anak-anaknya telah diculik oleh pasukan Israel tersebut.

Penterjemah : Norshuhada Samudin