
Selasa, 27/05/2025 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) menyatakan bahawa tentera pendudukan Israel telah mengenakan kawalan kuatkuasa ke atas 77 peratus Semenanjung Gaza melalui pembersihan etnik, pemindahan paksa, dan pembunuhan genosid yang sistematik.
Dalam satu kenyataan pada hari Ahad, GMO berkata tentera Israel sudah mengawal 77 peratus daripada Semenanjung Gaza, sama ada melalui kawalan ketenteraan, arahan pemindahan, serangan tembakan secara intensif dan pengeboman yang menjauhkan penduduk dari rumah mereka.
“Corak kawalan paksaan ini, yang berdasarkan penggunaan kekerasan untuk mengosongkan tanah penduduk assalnya secara paksa, merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, khususnya empat Konvensyen Geneva tahun 1949. Ia mewakili pelanggaran sistematik prinsip undang-undang antarabangsa awam dan keadilan antarabangsa, termasuk Perkara 49 Konvensyen Geneva Keempat, yang melarang pemindahan paksa atau pemindahan besar-besaran penduduk awam di wilayah yang diduduki, serta Perkara 7 Statut Rom, pemindahan paksa sebagai jenayah terhadap kemanusiaan dan Konvensyen Hague 1907 menghukum sebagai satu kesalahan jenayah mengubah demografi kawasan yang diduduki tanpa justifikasi ketenteraan yang jelas, jelas GMO.
GMO mengutuk sekeras-kerasnya pasukan pendudukan rejim Israel kerana terus melaksanakan rancangan pemindahan besar-besaran, pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai sistematik, dan penjajahan kolonialisasi secara paksa, kononnya di atas alasan pengepungan dan peperangan terbuka yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur di Semenanjung Gaza.
GMO meletakkan rejim pendudukan Israel dan negara-negara yang membantunya dalam pembunuhan beramai-ramai, terutamanya AS, Britain, Jerman dan Perancis, bertanggungjawab secara sah mengikut undang-undang untuk semua jenayah perang yang berlaku di Gaza.
GMO memberi amaran tentang “implikasi kawalan Israel yang berterusan ke atas sebahagian besar wilayah Semenanjung Gaza, yang merupakan percubaan untuk mengenakan fait accompli kolonial di lapangan dan membentuk semula landskap demografi secara paksa.” Gmo menyeru PBB, Majlis Keselamatan, Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dan pelapor khas untuk segera memenuhi kewajipan undang-undang dan kemanusiaan mereka dengan mengambil tindakan tegas untuk menghentikan jenayah perang Israel di Gaza, melancarkan siasatan antarabangsa yang bebas dan segera, dan memastikan pendakwaan terhadap Penjenayah perang Israel di mahkamah antarabangsa.
Penterjemah : Hj Fariz