
Selasa, 03/06/2025 – Pasukan pendudukan Israel meneruskan perang pembunuhan beramai-ramai terhadap Semenanjung Gaza, sejak 70 hari lalu dan 598 hari selepas permulaan pencerobohan. Ini berikutan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengingkari perjanjian gencatan senjata, bergantung kepada sokongan politik dan ketenteraan Amerika, di tengah-tengah kesunyian antarabangsa dan kegagalan yang belum pernah terjadi sebelumnya daripada masyarakat antarabangsa.
Wartawan kami melaporkan bahawa tentera pendudukan melancarkan berpuluh-puluh serbuan, manakala kesan larangan terhadap kemasukan bekalan makanan asas semakin meningkat sejak awal Mac lalu, melukis gambaran suram kebuluran yang dihadapi penduduk di Semenanjung Gaza.
Perkembangan Terkini
Menurut sumber perubatan, 90 orang telah terbunuh akibat serangan udara Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza sejak subuh hari ini.
Pesawat pejuang pendudukan mengebom bengkel pembuatan bahan api diesel di Jalan Salahuddin, berhampiran pintu masuk ke al-Zawaida di tengah Semenanjung Gaza.
Penterjemah : Farah Najwa