Categories
Berita Semasa

Hamas kecam pemusnahan pusat dialisis Gaza oleh Israel, gesa siasatan antarabangsa

Khamis, 05/06/2025 – Pergerakan Hamas telah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang memusnahkan Pusat Dialisis Noura Al-Kaabi di utara Gaza, menyifatkannya sebagai satu lagi jenayah dalam siri serangan sistematik terhadap dan pemusnahan sektor kesihatan Gaza.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin, Hamas menyatakan bahawa puluhan ribu pesakit, termasuk wanita, kanak-kanak, dan warga emas, kini terputus akses kepada rawatan perubatan serta kemudahan untuk mengurus penyakit kronik dan yang mengancam nyawa.

Pergerakan itu menegaskan bahawa kerajaan fasis Israel secara sengaja telah menyasarkan semua aspek kehidupan di Gaza sepanjang 19 bulan yang lalu.

Hamas menekankan bahawa pencabulan kejam ini, yang dilakukan oleh rejim penjenayah perang Netanyahu terhadap orang awam yang tidak berdosa, merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Ia turut menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai, kebuluran, dan kemusnahan ini berlaku di bawah perlindungan politik dan ketenteraan oleh pentadbiran Amerika Syarikat, serta disertai dengan sikap membisu dan kegagalan bertindak oleh masyarakat antarabangsa.

Penterjemah : Norshuhada Samudin