Pos Rejim Zionis di Jenin Diserang, Seorang Mati


Jenin, Khamis, 21/10/2004 Para pejuang Palestin berjaya membunuh seorang tentera Israel di dalam pos tentera dekat penempatan Mavu Dutan, Jenin tengah.

Sumber-sumber Israel menyatakan bahawa seorang tentera Israel terbunuh akibat tembakan seorang Palestin bersenjata. Tentera Israel tersebut akhirnya mati akibat kecederan yang begitu parah.
Harian Yediot Aharonot menyatakan bahawa tentara Israel terus sampai ke tempat kejadian untuk mencari pelaku serangan.
Sementara itu, tentera Israel pagi menangkap pemuda Ziyad Faishal Mansuri (20) di wilayah utara Tul Karm dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Israel menuduh pemuda tersebut hendak melakukan serangan syahid.