
Selasa, 08/07/2025 – Peneroka haram Israel sekali lagi menyerang infrastruktur air penting Palestin di kawasan Ein Samia, timur laut Ramallah, seterusnya mengancam akses kepada air bersih untuk beribu-ribu penduduk di seluruh wilayah Ramallah dan Al-Bireh. Menurut laporan tempatan, peneroka haram menyerbu telaga No. 2 dan No. 3 di kawasan timur bandar Kafr Malik, merosakkan kamera pengawasan, memusnahkan bahagian stesen air, dan mencuri pintu pagar salah satu pusat loji air.
Pihak Berkuasa Air Jerusalem mengutuk serangan itu, memberi amaran tentang “akibat malapetaka” dan menyebutnya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terbuka.
Pihak Berkuasa menegaskan bahawa serangan berulang ini secara langsung mengancam bekalan air yang berterusan kepada berpuluh-puluh komuniti Palestin yang sudah menghadapi kekurangan air.
Penterjemah : Hairul