Categories
Berita Semasa

Gaza memerlukan 600 trak bantuan setiap hari dan 2500,000 tin susu formula bayi setiap bulan

Jumaat, 01/08/2025 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) Gaza telah mengesahkan bahawa Semenanjung Gaza memerlukan sekurang-kurangnya 600 trak bantuan setiap hari untuk memenuhi keperluan asas penduduk.

Bekalan penting yang diperlukan penduduk Gaza termasuk barangan makanan dan bantuan perubatan, sebagai tambahan kepada 250,000 tin susu formula bayi setiap bulan untuk menyelamatkan nyawa bayi yang telah menjadi mangsa langsung kebuluran dan kekurangan zat makanan, menurut GMO pada Ahad.

“Rancangan untuk membenarkan berpuluh-puluh trak bantuan untuk masuk sebenarnya masih tidak mencukupi membantu krisis [di Genting Gaza], sebaliknya langkah terhad ini masih jauh dari sasaran untuk memenuhi keperluan sebenar atau mencegah kebuluran yang semakin teruk yang terus mengancam lebih banyak nyawa, terutamanya di utara Gaza,” kata GMO.

“Penyelesaian utama hanya ada satu cara sahaja iaitu untuk segera membuka pintu sempadan secara bersyarat, mematahkan kepungan sepenuhnya dan memastikan aliran bantuan susu bayi dan bahan api  yang  berterusan dan tetap dan juga tidak bergantung pada solusi-solusi jangka pendek yang telah terbukti gagal dalam membendung bencana,” tambah GMO.

Penterjemah : Hj Fariz