
Jumaat, 08/08/2025 – Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), berkata pada hari Selasa bahawa kebuluran kini telah menjadi pembunuh terbaharu di Semenanjung Gaza, menggesa penyampaian bantuan yang selamat dan tidak terhalang kepada penduduk.
Dalam catatan di platform “X,” Lazzarini menulis, “Selepas lima bulan percubaan berterusan untuk menggantikan tindak balas PBB yang diselaraskan dengan empat titik pengedaran tentera Zionis, kebuluran telah menjadi pembunuh terbaru di Gaza.”
Beliau menegaskan bahawa “pusat pengedaran komuniti, disokong oleh rakan kongsi, telah menyediakan makanan dan bantuan kepada hampir dua juta orang sebelum kebuluran merebak ke seluruh Semenanjung.”
Ketua UNRWA menegaskan, “Sudah tiba masanya untuk menyampaikan bantuan dengan selamat, tanpa halangan, dan dengan bermaruah,” menekankan keperluan mendesak untuk membenarkan PBB dan rakan-rakannya menjalankan kerja mereka.
Penterjemah : Ameen