
Khamis, 14/08/2025 – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB menegaskan pada Isnin bahawa tindakan menyasarkan dan membunuh enam wartawan di Gaza oleh pihak berkuasa pendudukan Israel merupakan “pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”
Menurut suruhanjaya itu, tentera Israel menyerang sebuah khemah yang menempatkan lima anggota kru Al Jazeera, termasuk wartawan Anas Al-Sharif, bersama seorang jurugambar bebas, dalam satu serangan yang diakui oleh Israel.
Suruhanjaya itu memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 242 wartawan Palestin telah terbunuh di Gaza sejak perang bermula pada Oktober 2023.
Dalam konteks ini, Pesuruhjaya Kesaksamaan Kesatuan Eropah, Hadja Lahbib, menyifatkan pembunuhan wartawan di Gaza oleh Israel, termasuk Anas Al-Sharif, sebagai satu tamparan langsung kepada kebebasan media.
Penterjemah : Norshuhada Samudin