
Rabu, 20/08/2025 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) Gaza telah menuduh Zionis sengaja membulur rakyat Gaza kerana ia terus menghalang kemasukan bahan makanan penting.
Kenyataan GMO di Telegram mengatakan bahawa Zionis terus melaksanakan “dasar sistematik kebuluran yang direkayasa dan pembunuhan secara perlahan terhadap lebih 2.4 juta orang di Gaza, termasuk lebih daripada 1.2 juta kanak-kanak Palestin.”
Ia menegaskan bahawa mangsa terbesar jenayah itu adalah kanak-kanak dan orang sakit.
“Lebih 40,000 bayi (bawah satu tahun) mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, dan nyawa mereka terancam dengan kematian secara beransur-ansur,” kata kenyataan itu sambil menambah lebih 100,000 kanak-kanak dan pesakit juga berada dalam situasi yang sama.
Ia menggariskan bahawa Zionis, walaupun dikecam oleh antarabangsa, terus menghalang kemasukan ke Gaza susu formula bayi, suplemen pemakanan, dan ratusan barangan penting lain, termasuk daging beku, ikan, keju, produk tenusu, dan buah-buahan dan sayur-sayuran beku.
Penterjemah : Ameen